Saturday 26 April 2014

Kill Bill Volume 2 Review

Cerita bermula dari scenario di mana Bill menembak Bride. Lepas tu, Bride muncul di belakang roda kereta sedang memikir tentang titik-titik yang berlaku di episode yang sebelum ini. Dalam imbasan kembali, Bride sedang menghamil dan suaminya, Tommy Plympton, sedang menyediakan majlis perkahwinan mereka. Pada masa ini, Bride punya teman lelaki sebelum ni datang dan memberikan doa kepada dia.

Lepas imbas kembali Bride, scenario cerita bertukar kepada scenario di mana Bill memberi amaran kepada Adiknya, Budd tentang kedatangan Bride untuk membunuhnya. 

Seperti yang diberitahu oleh Bill, Bride datang untuk membunuh Budd. Kedatangan Bride telah dinanti-nanti oleh Budd. Apabila Bride memasuki rumahnya, Budd menembak Bride dengan senapang. Bride pengsan dan Budd menghubungi Elle Driver untuk menjualkan pedang samurai Bride dengan harga 1 million dollar. Selepas itu, dia menanamkan Bride secara hidup-hidup dalam keranda. 
Cerita sekali lagi imbas kembali ke scenario di mana Bill dan Bride berkhemah. Bill memberitahui Bride tentang satu legenda kungfu sifu dan teknik-tekniknya. Lepas tu, Bill membawa Bride pergi berjumpa dengan sifu Kungfu tersebut dan mempelajari teknik-tekniknya yang tiada tandingan. Teknik-teknik yang dipelajari telah digunakan oleh Bride untuk mengeluarkan diri sendiri dari keranda. 



Elle tiba di rumah Budd untuk membeli pedang Bride tersebut. Namum, Elle meletakkan ular yang berbisa dalam wang untuk membeli pedang tersebut. Ular tersebut membunuh Budd. Lepas itu, Elle menghubungi Bill dan membohong bahawa Bride telah membunuh Budd dengan ular berbisa dan dia berjaya membunuh Bride. Pada masa ini, name Bride telah diketahui, nama Bride ialah Beatrix Kiddo. Apabile Elle keluar dari rumah Budd, Bride membunuhnya. 
Selepas itu, Bride meneruskan perjalanannya ke Mexico untuk mengetahui lokasi Bill. Apabila Bride mencari Bill di Mexico, Bride amat menakjub dengan anaknya yang masih hidup. 

Apabila anaknya tidur, Bill menangkap Bride dan menyoalkan dia. Lepas itu, Bill berlawan dengan Bride dan Bride membunuh Bill dengan teknik-teknik yang diajar oleh Kungfu Sifunya. 

Lepas membunuh Bill, Bride pergi bersama anaknya.

Rujukan:
1. http://www.rogerebert.com/reviews/kill-bill-volume-2-2004
2. http://www.rottentomatoes.com/m/kill_bill_volume_2/
3. http://www.rollingstone.com/movies/reviews/kill-bill-vol-2-20040406
4. http://www.theguardian.com/film/News_Story/Critic_Review/Guardian_review/0,4267,1200653,00.html
5. http://www.imdb.com/title/tt0378194/reviews

No comments:

Post a Comment