Wednesday 23 April 2014

Director Journal 4

Pada minggu ini, pensyarah kami memberitahu bahawa kemungkinan kami boleh cuba memohon fund dari HEP um bagi produksi cake pop kami. Dengan syaratnya, kami perlu mengeluarkan idea yang baik supaya permohonan kami dapat diluluskan. Oleh itu, setiap kumpulan diwajibkan mengelluarkan idea masing-masing. Seorang setiausaha mencatatkan semua idea supaya mempunyai point yang cukup untuk meningkatkan peluang permohonan tersebut.

                  Pada hari ini, Dr. Azalan juga meminta semua kumpulan membuat bajet semula supay mengetahui bagaimana bajet yang akan digunakan dalam produksi masing-masing. Bajet maksimum ialah RM 500. Penggunaan bajet seperti berikut:  bayaran untuk pelakon (lelaki dan perempuan), kos peninapan, props,makan dan minum, pengangkutan dan lain-lain yang berjumlah sebanyak RM1100 telahpun dikurang sehingga RM 500.

                 


                        Krew yang bertanggungjawab menulis storyboard ialah Chris (Fakulti Bahasa dan Languistik). Dia telah berusaha melukis storyboard mengikuti shooting script yang dikeluarkan. Disebabkan senior kami Gesha tidak senang ntuk melibatkan diri dalam shooting kami, oleh  itu saya terpaksalah menjadi penggantinya dalam produksi cake pop ini. Kami juga telah mula membuat penyediaan supaya membuat rehearsal shooting di Taman Tasik Jaya. Penyediaan seperti menulis surat untuk mengambil kebenaran , meminjam props dan sebagainnya.

No comments:

Post a Comment