Saturday 26 April 2014

Director Journal week 6



Pada minggu ini, kami telah membuat keputusan dan menjalankan rehearsal shooting dalam UM. Lokasi ialah Bangunan Fakulti Sastera dan Sains Social. Saya diminta sampai di situ sebelum jam 2 petang dan kami hanya mengunakan lebih kurang dua jam  untuk menyiapkan  rakaman kami.  Kami diberitahu pertukaran lokasi disebabkan menyenangkan Dr. Azalan supaya tidak perlu lasi sini sana. Hal ini kerana Dr. juga perlu menjaga kumpulan lain yang menjalankan rehearsal shooting pada hari yang sama.


                Banyak props telah Berjaya dipinjam atau dikumpul oleh Xiang Wei, seperti lollipop,belon, bear,ukulele, dan bunga palsu. Ben Lee diminta menjadi pengganti pelakon budak lelaki. Hal ini kerana body size yang kecil dan muka yag comel,hehehhe.
               

                  Chris Xiao jing membantu pengarah hisyam supaya memberitahu scene yang akan diambil. Hisyam pula asyik mencuba cari sudut yang ingin dirakamkan supaya produksi yang baik dapat dihasilkan. Tugas saya pula ialah hanya perlu duduk di situ, pandang kiri dan kanan…

             

Pada pukul 4 pm,kumpulan kami telah meyelesaikan rehearsal shooting kami, Hisyam berjanji akan cuba menyuntingkan rakaman ini dengan secepat mungkin. Dengan ini, baru kami tahu apa yang boleh ditambahbaikan dalam real shoot kami di Melaka.

No comments:

Post a Comment