Monday 3 March 2014

KILL BILL review (V1)

Hari ini (3.3.2014), Dr. Azlan telah menayangkan satu movie bernama "KILL BILL" kepada kami. Mula-mula, saya tak faham apa yang ditayangkan. Hal ini  kerana Chapter one yang menerangkan  seorang wanita putih yang bernama bleep  membunuh rakan lamanya dalam sebuah rumah. Pada masa itu, dalam hatiku hanya brependapat, WA, Pandainya bergaduh.....Tetapi saya tidak tahu kenapa wanita hitam itu dibunuh sehingga dia mengimbas kembali tentang bleep pernah cuba dibunuh oleh dia. Dalam chapter one, saya berpendapat bahawa bleep adalah seorang yang agar baik, kerana dia mengelakkan bergaduh di depan anak perempuan (umur 4 ) wanita hitam itu. Tetapi, wanita hitam itu cuba membunuh bleep dengan pistol dan akhinya bleep telah mebunuh wanita hitam dengan pisaunya. Malangnya, anak wanita hitam itu telah menampak ibunya dibunuh dalam tangan bleep. Bleep pun meminta maaf atas kejadiannya, keadaan ini menunjukkan  bleep adalah seorang yang agar baik kerana dia tidak membunuh anaknya.......


          Dalam chapter dua, filem ini menerangkan bahawa sebenarnya bleep  seorang pengantin(THE BRIDE) dalam majlis perkahwinan. Tetapi, malangnya ia dibunuh, dan nasib baiknya masih hidup sampai sekarang. Oleh itu, dia dihantar ke hospital. Tetapi dia sudah koma selama 4 tahun. Dan selepasnya bangun, dia berjanji sendiri bahawa akan membalas dendam. Oleh itu, dia mengingat balik bahawa peristiwa lepas(siapa yang cuba membunuh dia). Dalam namelistnya ada lima orang>>>>>>>


Bleep pergi ke Okinawa untuk mencari seorang sifu yang buat katana. Sebelum itu, sifu tidak sudi menjual atau memberi katana kepadanya. Tetapi, akhirnya, sifu tersebut telah berjanji memberikannya tetapi perlu masa selam sebulan. Sifu juga berkata bahawa Bleep berpotensi menhjadi samurai~
            Dalam chapter seterusnya, bleep membawa katana pergi ke Tokyo untuk mecari rakan(O ren iishi) yang pernah cuba bunuh dia di Tokyo. Wanita Jepun itu  sangat handal, dan dia mempunyai banyak security guard. Ada seorang guard bernama gogo. Mukanya cantik sekali, tetapi ada sedikit kejam dalam pergaduhan. Dalam pergaduhan bleep dengan wanita jepun itu,kedua-dua orangnya juga cedera, tetapi pada akhirnya, bleep menang seperti Samurai.




Filem ini masih belum habis, Dr. berjanji akan menayang filem ini pada masa akan datang...... So, tiada pilihanlah, terpaksa tunggu sampai next week baru boleh menonton ~





Dalam movie ini , saya ada lima soalan yang tidak faham iaitu:
1. Mana baby bleep?
2. Mengapa bleep tidak membunuh anak wanita hitam tersebut?
3. Kenapa sifu itu memberi katana kepada bleep?
4. Mengapa gogo menjadi begitu kejam?
5. Mengapa bill ingin membunuh bleep? dan mengapa tidak membunuhnya masa koma?
6. Siapa yang akan dibunuh oleh bleep  selepas ini?

Rujukan:
1. http://www.rogerebert.com/reviews/kill-bill-volume-1-2003
2. http://www.rottentomatoes.com/m/kill_bill_vol_1/
3. http://www.theguardian.com/film/2003/oct/10/quentintarantino
4. http://www.rollingstone.com/movies/reviews/kill-bill-vol-1-20031009
5. http://www.imdb.com/title/tt0266697/

No comments:

Post a Comment