Sunday 2 March 2014

Director Journal Minggu PERTAMA

Dalam kelas yang minggu pertama, Dr, Azlan memberitahu tugasan tentang krew-krew dalam sesi penggambaran melalui kuliah yang diberi oleh beliau. Selepas itu, Dr. Azlan memberikan berapa pilihan (jenis penggambaran) kepada kami. Contoh pilihan Dokumentari, PSA, advertising. Saya telah memilih advertising yang membuat tajuk tentang lollipop. Saya, Suhung dan Xiang wei telah membuat keputusan untuk memilih advertising. Kami diberitahu bahawa akan membuat shooting di Melaka (gembira)….

                Dalam kumpulan ini, kami memperkenalkan diri sendiri antara ahli kumppulan masing-masing. Denagn ini, kami boleh merapatkan kami antara satu sama lain. Kumpulan kami akan dipimpin oleh Hisyam(Director yang lebih berpengalaman). Hisyam juga telah menerangkan skop kerja masing-masing seperti penyedia props, manager, camera person, penulis skrip dan lain-lain.  Saya dipilih sebagai penulis skrip. Saya diberitahu bahawa skrip yang ditulis boleh ditulis sama ada dialog ataupun tiada (flexible).

Dalam kumpulan ini, Hisyam telah menyediakan synopsis yang agak menarik. Dengan ini, kerja saya menjadi lebih senang. Sinopsis cerita berikut:


"Seorang budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 6-7 tahun telah jatuh cinta terhadap seorang wanita yang lebih tua daripada dia. Budak lelaki itu cuba memikat wanita tersebut dengan pelbagai cara seperti membuat gaya samseng, meniru gaya pelakon dan sebagainya untuk mendapatkan perhatian wanita tersebut. Dia juga menghadiahkan  wanita tersebut dengan hadiah seperti patung teddy bear,bunga,belon helium, dan lollipop. Budak lelaki itu sering  ke taman yang dikunjungi oleh wanita tersebut.Hal ini kerana wanita tersebut akan duduk dan membaca komiknya di kerusi berhampiran taman tertentu. Bukan itu sahaja, setiap hari budak lelaki itu akan menghadiahkan wanita itu satu hadiah tetapi wanita itu tidak menerima isi hatinya. Budak lelaki itu berasa kecewa kerana asyik ditolak oleh wanita itu. Pada suatu hari, budak lelaki itu mengeluarkan2 lolipop untuk makan. Wanita itu ternampak dan meminta daripadanya dan akhirnya budak lelaki itu menambat hati wanita itu dengan mengunakkan lolipopnya."


Dalam kelas ini, saya mendapati  jika ingin mahu  menghasilkan sebuah filem pendek adalah tidak senang, walaupun ia hanya akan ditayang 2 minit. Kami  perlu melaksanakan tugas masing- masing supaya filem  dapat dihasilkan dengan baik. 


No comments:

Post a Comment