Sunday 9 March 2014

Director Journal Minggu 3

Minggu ke tiga ini, Ketua kami memberitahu kepada ahli kumpulan kami bahawa kena menyediakan presentattion Periklanan kami. Ketua telah membahagikan kerja kepada kami masaing-masing. Bukan itu sahaja, Kami juga telah bersetuju bahawa pertukaran keumpulan nama kami dari "Lolipop" kepada "Cakepop".  Konon cake pops tercipta dari sisa cakeyang tidak terpakai. Pastry chef di toko-toko kue di Amerika sana kerap kebingungan mengolah sisa potongancake ketika selesai menghiasnya. Terlalu sayang untuk dibuang tapi potongan caketersebut memang tidak terpakai lagi. Akhirnya tercetuslah ide memanfaatkantrimming cake tersebut dengan dengan mencampurkannya bersama filling coklat atau cheese frosting dan mentega. Potongan cake dilumatkan jadi satu dengan semua bahan hingga lembut. Lalu dibentuk bulat-bulat dan dicelupkan dalam lelehan coklat putih. Pada hari ini, kumpulan kami disertai oleh tiga ahli kumpulan baru yang datang dari fakulti undang-undang. Mereka dibahagikan kerja dan juga diterangkan bahawa apa yang akan kumpulan kami buat(tema).
              

Hari ini , kumpulan kami juga telah buat keputusan bahawa akan membuat rehersal shooting pada 28 March 2014 (Jumaat).  Bukan itu sahaja, kumpulan kami juga telah memastikan watak-watak kami. Iaitu budak lelaki yang berumur 8-9 tahun, pakaian yang diperlukan ialah 4 set pakaian, gaya macho, sifatnya periangdan gigih. Watak wanita pula ialah 20-30 tahun, pakaian yang diperlukan ialah 4 set, gaya yang cantik, menarik juga menawan, sifatnya sedikit sombong. 
Bajet yang dikehendaki ialah RM30 seorang ahli. Kos penginapan(2 hari  malam) RM 120, pengangkutan (minyak) RM50, Makan dan minum RM 50, bayaran kepada pelakon RM100, props RM100, Jumlah RM420. Harap-harap, enough bajet lah~~~~

Monday 3 March 2014

KILL BILL review (V1)

Hari ini (3.3.2014), Dr. Azlan telah menayangkan satu movie bernama "KILL BILL" kepada kami. Mula-mula, saya tak faham apa yang ditayangkan. Hal ini  kerana Chapter one yang menerangkan  seorang wanita putih yang bernama bleep  membunuh rakan lamanya dalam sebuah rumah. Pada masa itu, dalam hatiku hanya brependapat, WA, Pandainya bergaduh.....Tetapi saya tidak tahu kenapa wanita hitam itu dibunuh sehingga dia mengimbas kembali tentang bleep pernah cuba dibunuh oleh dia. Dalam chapter one, saya berpendapat bahawa bleep adalah seorang yang agar baik, kerana dia mengelakkan bergaduh di depan anak perempuan (umur 4 ) wanita hitam itu. Tetapi, wanita hitam itu cuba membunuh bleep dengan pistol dan akhinya bleep telah mebunuh wanita hitam dengan pisaunya. Malangnya, anak wanita hitam itu telah menampak ibunya dibunuh dalam tangan bleep. Bleep pun meminta maaf atas kejadiannya, keadaan ini menunjukkan  bleep adalah seorang yang agar baik kerana dia tidak membunuh anaknya.......


          Dalam chapter dua, filem ini menerangkan bahawa sebenarnya bleep  seorang pengantin(THE BRIDE) dalam majlis perkahwinan. Tetapi, malangnya ia dibunuh, dan nasib baiknya masih hidup sampai sekarang. Oleh itu, dia dihantar ke hospital. Tetapi dia sudah koma selama 4 tahun. Dan selepasnya bangun, dia berjanji sendiri bahawa akan membalas dendam. Oleh itu, dia mengingat balik bahawa peristiwa lepas(siapa yang cuba membunuh dia). Dalam namelistnya ada lima orang>>>>>>>


Bleep pergi ke Okinawa untuk mencari seorang sifu yang buat katana. Sebelum itu, sifu tidak sudi menjual atau memberi katana kepadanya. Tetapi, akhirnya, sifu tersebut telah berjanji memberikannya tetapi perlu masa selam sebulan. Sifu juga berkata bahawa Bleep berpotensi menhjadi samurai~
            Dalam chapter seterusnya, bleep membawa katana pergi ke Tokyo untuk mecari rakan(O ren iishi) yang pernah cuba bunuh dia di Tokyo. Wanita Jepun itu  sangat handal, dan dia mempunyai banyak security guard. Ada seorang guard bernama gogo. Mukanya cantik sekali, tetapi ada sedikit kejam dalam pergaduhan. Dalam pergaduhan bleep dengan wanita jepun itu,kedua-dua orangnya juga cedera, tetapi pada akhirnya, bleep menang seperti Samurai.




Filem ini masih belum habis, Dr. berjanji akan menayang filem ini pada masa akan datang...... So, tiada pilihanlah, terpaksa tunggu sampai next week baru boleh menonton ~





Dalam movie ini , saya ada lima soalan yang tidak faham iaitu:
1. Mana baby bleep?
2. Mengapa bleep tidak membunuh anak wanita hitam tersebut?
3. Kenapa sifu itu memberi katana kepada bleep?
4. Mengapa gogo menjadi begitu kejam?
5. Mengapa bill ingin membunuh bleep? dan mengapa tidak membunuhnya masa koma?
6. Siapa yang akan dibunuh oleh bleep  selepas ini?

Rujukan:
1. http://www.rogerebert.com/reviews/kill-bill-volume-1-2003
2. http://www.rottentomatoes.com/m/kill_bill_vol_1/
3. http://www.theguardian.com/film/2003/oct/10/quentintarantino
4. http://www.rollingstone.com/movies/reviews/kill-bill-vol-1-20031009
5. http://www.imdb.com/title/tt0266697/

Sunday 2 March 2014

Director Journal Minggu KEDUA

Dalam kelas minggu yang kedua, kumpulan kami telah ditambah dengan berapa first year student. Ketua kami telah menerangkan tugasan masing- masing. Ketua juga mengulangkan synopsis cerita kami kepada para junior supaya mereka lebih jelas bahawa apa yang akan dirakam. Mereka juga dberitahun bahawa prop yang diperlukan dalam penggambaran(teddy bear, belon helium, pakaian yang berbeza, basikal, bunga, lollipop, aiskrim).

                Kami diberitahu oleh ketua bahawa bajet yang diperlukan sebanyak RM 30 seorang. Total ahli adalah 14, maksudnya bujet sebanyak (RM420). Hal ini kerana lokasi penggambaran kami di Melaka , dengan ini, budjet yang diperlukan memanglah perlu banyak sikit~ Tetapi, lucky jugak kerana , seorang ahli daripada kami adalah berasal dari Melaka. Denagn ini kami mempunyai kemungkinan dapat menjimatkan kos sewa bilik hotel, hehehehhehe~

                Tugas-tugas telah dibahagikan mengikut kerelaan: Production Manager (PM) adalah Nurul Shuhada, Atiyn fasya. Mereka akan dibertanggungjawab untuk mengutip wang from member….. camera person adalah Yusmadi Yusoff……… Penulis Skrip (agak susah) : Saya, suhung, Ben Lee dan Ng….. Pelukis storyboard pulak: Chris Sj……… Props(sakit kepala) Xiang wei, Kiki Wong, Ann Gee Lim,dan jugak Mira.


                Hatiku  menantikan hari shooting yang akan datang,hehhehehe ^^

Director Journal Minggu PERTAMA

Dalam kelas yang minggu pertama, Dr, Azlan memberitahu tugasan tentang krew-krew dalam sesi penggambaran melalui kuliah yang diberi oleh beliau. Selepas itu, Dr. Azlan memberikan berapa pilihan (jenis penggambaran) kepada kami. Contoh pilihan Dokumentari, PSA, advertising. Saya telah memilih advertising yang membuat tajuk tentang lollipop. Saya, Suhung dan Xiang wei telah membuat keputusan untuk memilih advertising. Kami diberitahu bahawa akan membuat shooting di Melaka (gembira)….

                Dalam kumpulan ini, kami memperkenalkan diri sendiri antara ahli kumppulan masing-masing. Denagn ini, kami boleh merapatkan kami antara satu sama lain. Kumpulan kami akan dipimpin oleh Hisyam(Director yang lebih berpengalaman). Hisyam juga telah menerangkan skop kerja masing-masing seperti penyedia props, manager, camera person, penulis skrip dan lain-lain.  Saya dipilih sebagai penulis skrip. Saya diberitahu bahawa skrip yang ditulis boleh ditulis sama ada dialog ataupun tiada (flexible).

Dalam kumpulan ini, Hisyam telah menyediakan synopsis yang agak menarik. Dengan ini, kerja saya menjadi lebih senang. Sinopsis cerita berikut:


"Seorang budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 6-7 tahun telah jatuh cinta terhadap seorang wanita yang lebih tua daripada dia. Budak lelaki itu cuba memikat wanita tersebut dengan pelbagai cara seperti membuat gaya samseng, meniru gaya pelakon dan sebagainya untuk mendapatkan perhatian wanita tersebut. Dia juga menghadiahkan  wanita tersebut dengan hadiah seperti patung teddy bear,bunga,belon helium, dan lollipop. Budak lelaki itu sering  ke taman yang dikunjungi oleh wanita tersebut.Hal ini kerana wanita tersebut akan duduk dan membaca komiknya di kerusi berhampiran taman tertentu. Bukan itu sahaja, setiap hari budak lelaki itu akan menghadiahkan wanita itu satu hadiah tetapi wanita itu tidak menerima isi hatinya. Budak lelaki itu berasa kecewa kerana asyik ditolak oleh wanita itu. Pada suatu hari, budak lelaki itu mengeluarkan2 lolipop untuk makan. Wanita itu ternampak dan meminta daripadanya dan akhirnya budak lelaki itu menambat hati wanita itu dengan mengunakkan lolipopnya."


Dalam kelas ini, saya mendapati  jika ingin mahu  menghasilkan sebuah filem pendek adalah tidak senang, walaupun ia hanya akan ditayang 2 minit. Kami  perlu melaksanakan tugas masing- masing supaya filem  dapat dihasilkan dengan baik. 


Forrest Gump

Filem "Forrest Gump" ini adalah sebuah kisah mengenai seorang budak yang mempunyai IQ yang lebih rendah daripada yang lain namun mempunyai kegigihan dan kecekalan yang menakjubkan. Forrest Gump ialah seorang yang mempunyai minda dan fikiran yang simple. Ini dapat ditunjukkan dengan tindakannya yang tidak pernah mencurigai motif-motif orang lain. Sebagai contohnya, dia percaya konsentrasi dalam bermain ping pong pasti akan menghasilkan buah tanpa mengerti keletihan dan putus asa. Oleh itu, dia berjaya menjadi seorang pemain ping pong yang terkenal samada di dalam atau di luar negara.


     Dalam kebanyakkan hasil kegigihan Forrest Gump, jogging berturut-turut selama 3 tahun yang lebih amat menakjubkan saya serta memberikan motivasi dan inspirasi yang paing mendalam. Hal ini demikian, dia berjaya mencapaikan keinginannya tanpa memperdulikan halangan yang lain serta memberikan konsentrasi yang sepenuh dalam mencapaikan jogging selama 3 tahun itu. Ini telah menunjukkan kecekalan yang berterusan pasti akan mendapat buah.



     Forrest Gump just menunjukkan keberanian yang menonjol dalam peperangan. dia berani membahayakan nyawa sendiri untuk selamatkan semua anggota pasukannya dengan memasuki kawasan peperangan berpuluh-puluh kali tanpa putus asa. Sebagai ganjaran, dia diberikan pingat penghargaan daripada pihak tentera.



     Dalam Percintaannya, Forrest Gump telah menunjukkan cinta yang sejati serta berterusan terhadap kekasihnya, Jenny. Meskipun Jenny mempunyai banyak teman lelaki serta meninggalkan dia kebanyakkan masa, namun dia masih menerima Jenny bila dia kembali ke sisinya.




Rujukan:
1. http://www.rogerebert.com/reviews/forrest-gump-1994
2. http://www.rottentomatoes.com/m/forrest_gump/
3. http://www.imdb.com/title/tt0109830/reviews
4. http://www.rollingstone.com/movies/reviews/forrest-gump-19940706
5. http://www.commonsensemedia.org/movie-reviews/forrest-gump